Selasa, 25 November 2008

Ini kisah jantan dan betina

Ini kisah sepasang beruk (karim namanyo) yang tinggal di dalam hutan di Uganda.Rumah dorang ni dibina di atas pokok…2 tingkat lagi tu(beruk sekolah). Si jantan kerja nya mencari makanan di hutan, memetik buah-buah hutan, iye la, tu je kerja beruk pun. Si betina pula suripokok(surirumah) sepenuh masa.

Suatu hari, Si jantan pergi mencari makanan dihutan. Sedang mencari-cari, tiba-tiba ia terjumpa cermin. Si jantan pun bawak balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas pokok tanpa pengetahuan wife dia la..

Setiap hari sebelum keluar mencari makanan, dia akan naik ke atas dan melihat cerminnya, konon2 hensem la tu.. Sehinggalah satu hari, si betina naik pelik melihat telatah si jantan tu..

Maka disiasatlah tingkat atas pokok yg selalu di naiki husbandnya.. bimbang-bimbang kalau husbandnya menyimpan betina lain di atas pokok tersebut tanpa pengetahuannya. .

Dan punyalah terkejut beruk..(mmg berok pun) dia naik je kat tingkat atas pokok tu.. dia ternampak cermin husbandnya tu... Oleh kerana si betino ni taktau cermin tu apa..(maklumla berok) so, dia ingat beruk dalam cermin tu memang beruk betina simpanan husbandnya...Apa lagi..habis berlari cam kero kena belacan, kera dapat bunga(spesis diaorg la tu) meraung dan menangisla dia cari mak nya.. Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri betina yang kononnya disembunyikan oleh husbandnya..tu..

Lalu maknya pon naik ketingkat atas pokok tersebut. Kemudian turun sambil ketawa terbahak-bahak. .
Beruk betina: Apsal mak ketawa?..

Mak beruk: Apa teruk benor selere husband ko tu.. kalau ye pon nak kawin lain.. carik la betino yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok betina kat atas tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..

---------
MORAL:
Cerminlah diri sendiri sebelum mencermin orang lain.
*cerita ini hanyalah sekadar jenaka, tiada kena mengena antara beruk yang masih hidup @beruk dah mati.
wasalam..