Rabu, 11 November 2009

asal usul utara vs selatan



Tajuk:utara vs selatan!
Media:acrylic on canvas
saiz:2'x 3'
Time buat:Bulan Ramadhan aritu, lepas sahur je conteng..
tahun:2009
Tempat pameran:Di dinding Teratak Tok, Padang Mahligai,Kedah.

penyataan karya:
Tanyalah pada diri kita, dari mana asal usul.kenal serta mengenal keturunan..
*Keris pekaka dan keris jawa..lambang kemelayuan..Nusantara..

Jumaat, 30 Oktober 2009

construction:"Teratak Tok"





assalamualaikum..sekadar flash back balik pembinaan teratak tok..Terletak di Padang Mahligai, Sidam Kiri Kedah.Diasaskan oleh nenek aku..Inilah rumah yang sentiasa menjadi doa nenekku, utk anaknya(mak aku) pulang serta tinggal bersebelahan rumahnya..Pembinaannya cepat, sebab para tukang di import dr. dlm kampung itu sendiri, otai2 lama..
Aku tak tahu macam mana abah aku boleh ambik sketches yg aku wat, time pkl 3-4pagi, tu pun aku xde la niat nak lukis betul2,conteng2 jer..pastu, terus dia bg sketches kat tukang untuk terus naik rumah tersebut..
sempat la aku finalizekan balik, interior yang juga byk di ubah, sewaktu perjalanan pulang ke Kedah menaiki keretapi..Tapi yang sebetulnya mastermind dia, abah aku la..

apapun, alhamdulillah..teratak tok dah siap serta mak,abah dan adik bongsu aku dah menetap kat teratak tu..

Khamis, 29 Oktober 2009

..”Perginya seorang Puteri..”

video

Full video..”Perginya seorang Puteri..”
Memori gambar serta video terakhir arwah..Akhirnya dapat di siapkan untuk tontonan seluruh keluarga Hajjah Saadiah Bt. Ismail yang pulang keRahmatullah, bagi mengenangkan jasa serta pengorbanan arwah semasa hayat.
*Video ini tiada kena mengena dengan penerbitan dari pihak stesyen t.v RTM..Sekadar hanya untuk tatapan keluarga.Harap Maklum..
Saya cuma berkhidmat untuk stesyen t.v RTM..

Selasa, 20 Oktober 2009

Ramai..Ramai yang meninggalkan...

Lama juga aku tak ber blog ni..Bkn kata aku sorang, malah ramai..dan ramai kawan-kawan..yang telah meninggalkan blog..

Ada yang tutup terus,Delete,sampai ada yg tulis kat blog dia, BLOG INI SUDAH MATI...INNALILLAHHH....dah tak nak tulis pe2 dah dlm blog, biar mcm tu jer, dah berkulat!!Rata-rata aku tengok ramai yang dah malas, sibuk dan may be dah bosan dengan perkembangan blog ni..Kat stesyen t.v pun dah stop rancangan blog...hahahaha..
Fenomena yang melanda sekarang di internet ni, setiap hari orang membuka FACEBOOK!!!!..termasuk la aku..Fb ni cepat ringkas dan feedback dia laju..kalau komen jer satu, maka beribu2 dapat komen blk..hebat2!!..macam jugak makanan segera!!
Bagi aku, aku nak jugak idupkan blog ni..nak simpan segala2nya
sejarah,kenangan,perkembangan semua melalui blog ni..bleh simpan dialam maya..serta selama-lamanya..
*Takziah utk kengkawan yg dah 'tanam' blog diaorg..wakakaka...

Sabtu, 17 Oktober 2009

The making of Perginya Seorang Puteri..

video

sebahagian dari video dalam pembikinan utk tatapan anak cucu cicit-Hajjah Saadiah Bt. Ismail,meniti susah payah kehidupan, bekerja serta menjalani hidup seharian, semasa hayatnya..1930-2009...
Al-Fatihah..

Jumaat, 12 Jun 2009

3d Interior Design Residential-concept :Oriental modern...

view guest Lounge + living

view living 1

view living 2




View dining


View Master Bedroom1


View Master Bedroom1


assalamualaikum..lama gak x update blog ni, memandangkan tengah bz dgn member baru, fesbuk..hahaha..ni takde aper nak citer, aku wat 3d ni atas permintaan kawan seperguruan aku kat Uitm, Mr. Pyan..sebab dia pun tak sempat nak buat perspective utk member dia, jd. akulah bidan terjun tiruk..Tak kisah punya..ader aku kesah..render 2 hari, sb. p.c aku dah tua, dah x larat nak buat kerja2 berat, samer mcm tuannya..jd. aku tumpang la kat p.c lainn..o.k..enjoys..

Rabu, 13 Mei 2009

solo art exhibition-solo juga p tgk..








Nstp berlangsungnya solo art exhibition oleh artist Wan Ahmad Ngah...membawa konsep "moments"..painting lebih kepada potraits-mimik muka, yang sering berkait rapat dengan perasaan,emosi serta kehidupan..ape aku merepek daa..itu kata2 yang lahir dari beliau yg diterjemahkan ke bahasa aku sendiri..best..layan sesorg kat situ..banyak cerita yg senang di faham..bagi aku painting beliau straight to the point..itu pendapat aku saja..p la tgk wahai kawan2..Tapi ajak la aku jugak sambil nak sarapan pagi kat NSTP tu...hehehe...


Jumaat, 8 Mei 2009

new painting conteng!


Ini jadinya contengan ke-2..blk dr drama ari tu, sempat la menconteng kat canvas tiap2 mlm..dah kat dinding rumah aku pun..opsss...rumah sewa ustazzz..hehehe..siapnyer tghmlm, tgh mlm jugak aku bertukang pakukan painting kat dinding umah, sure nyumpah2 jiran sblh umah..eleh, jiran sblh pun blk lewat..
Takde la sehebat pelukis pro, ikut rasa ja menconteng..Aku upload gambar ni sekadar semangat kat aku sendiri serta geng-geng labon yg lain yg bersemangat waja,wira dan exora utk buat painting dan menunggu easel siap, baru nak wat painting..wakakaka..jgn mareh arr encik wan windz..

Sabtu, 2 Mei 2009

selesai penggambaran..alhamdulillahh..

video

salam...beberapa sedutan dari drama panggung Nur Ar Rahman, ini babak di Ipoh prade..Rahman(sebagai hero kecik)meragut rumput?...ragut beg awek abg angkat dia(watie),3-4 kali gak baru jadi nih..tergolek2 bro yg bdn sihat tu..Tapi takpe diaorg stuntman laa..

video

sambungan berlari-lari anak dan bapak..kejor yop kejor..berterabur geng misai..Cheh..harap misai jer jambu..

video

haaa..scence ni best ckit..sb. diorg main kejar2 tgh jln..xde tahan2 keta punya..main lintas jer, sb. penerbit/pengarah nak nmpk mcm betul2 kejadiannn....cobaannn!!..Adela mamat naik motor berhati mulia nak nolong kejar peragut tu..nasib baik la si rahman tu tak kena langgar dgn dia..perhatikan mamat naik motor berbaju merah!

Khamis, 26 Mac 2009

Preparation untuk drama Nur Ar-rahman

Design set untuk tempat geng2 ragut..markas bdk2 takde umah ni..cheh..setting di rumah lama/kosong...
ini cadangan design untuk markas di k.lumpur, kat chow kit..atas bumbung umah flat tu...Ini baru cadang jer, jadinya maybe macam lain...
Bermula dari tarikh 9hb. april akan datang, aku akan bergerak keluar(outstation) utk pembikinan drama Panggung-Nur ar Rahman mungkin selama 3minggu..Ni disebabkan banyak kali penangguhan jadual dari pihak penerbitan.Atas masalah2 tertentu..iye ke?lantaklah..
banyak persedian perlu di buat sebelum pembikinan drama ni(dari segi set),mental..hahaha..bekerja di luar bererti banyak dugaan.Ketahanan diri dari pelbagai aspek..Kalau kebal takpela..ataupun, badan di saluti wayar kabel emas!! apapun aku akan try buat sebaik mungkin..insyaallah..

Jumaat, 30 Januari 2009

Selamat Pagi Malaysia dan sehati sejiwa


Semasa di terengganu aku di sapa oleh seorang hamba Allah..Bertanyakan tentang pereka set..'ape yang korang buat, aku tengok korang letak meja jer..kalau macam ni, adik aku pun boleh buat..menyirap jugak aku..bukan x boleh dengar pandangan orang luar..Masalahnya, orang tak akan paham dengan kerja kitaorang..Nak cerita, 1001 mlm pun tak abih..meh, aku ceritakan secara ringkas, aper yang aku menyibuk kat Terengganu tuh:
Sampai di lokasi selalunya, awal2 dari tarikh yang nak live tu, pereka,penerbit dan teknikal kena recce tmpt-sesuai ke tak dari segi pencahayaan, keadaan sekeliling ke (sebagai mercu tanda sesuatu tempat)kedudukan matahari yang tak menggangu pencahayaan(ini org teknikal yg sepatutnya kena tengok)sound keliling, dengar bunyi motor keta ker,tempat yang menarik, pereka kena meyakinkan kat penerbit, bg input sikit..tengok kawasan keliling yang mungkin tak terpikir oleh orang lain..contoh, kalau ujan, set emergency dok kat mana, lari bawah umah orang ker..bwh khemah ker..semua tu pereka kena pikir dulu..penerbit takkan pikir punya..Pastu, cuba pacak kusi meja..Kena tengok jugak, kalau tanah lembut ker, ader sampah keliling ker..ader tiang letrik ker..mcm2 lagi hal..Bukan main letak jer kusi meja, pastu lepak..hehehe..kena standby lagi..kekadang bos tipon..woi, pehal ader tong sampah kat tepi tu, ader nampak khemah kat sebelah tu..kalau kena ubah pereka dgn prop kena ubah..hai la badannn..sebenarnya secara umum jer aku cerita tu..Panjang cerita mcmana proses sebenar pereka, mereka,menconteng,taklimat kepada pembekal, turun site, standby kalau backdrop ader masalah-runtuh ker..berkomunikasi....kalau tak berkomunikasi, maka tak jalan kerja, dan tak buat kerja la jadinya..

Set sehati sejiwa, aku tak dapat buat final touchup sebab kat Terengganu, Thanks to Pereka2 Otai merangkap senior2 aku la, yang turun ke set, utk wat final touch up-tuan Raduan-(suteramalaya)En. ayohnik(taukewarung)En. wan(wanthewinz)dan otai lama pereka-En. Paksu(belum ada blog)…