Puteri sulungku dah pandai menapak!..tapi kekadang tumbang jugak..hobinya, belek2 buku yang banyak gambar, menceceh dan suka sepah-sepahkan barang mainan dan bekas bawang semasa kat dapur (time dia sibuk tolong mama masak)
Semalam masa aku baru nak tidur, Trisyia terjaga dari tidurnya!..”Ma…ma..”(biasa la, kekadg dia panggil aku papa, kekdg mama, ikut suka hati dia la)..mama dia kat sebelah dah pengsan!..letih susukan anak la tu..aku pun peluk Trisyia, kendong dia, sambil dodoikan tanpa irama dan lagu..kalau aku nyanyi, mahu 7-8 album pun belum tentu dia nak tidur..maklumla..papa dia selalu nyanyikan lagu rock kapak, rock kangkang!..mama dia selalu nasyid jer..
Dalam samar2 kegelapan tu, aku dapat perhatikan Trisyia dah lentok baikk.. punya kat ribaku..”mmm..tidur jugak budak ni”..perlahan-lahan aku baringkan dia kat sebelah..aku pun merebahkan badan sebelah Trisyia..lega rasanya..tak gerak2 dia tidur..nyenyak betul..tetiba aku rasakan, tangan kecik di atas pahaku..kemudian menepuk2..berderau jugak darahku..Eh!..rupanya budak bertuah ni tak tidur lagi..dia pulak yang nak dodoikan aku..
“Pa..pa..”, terasa tangan kecil mengoncang2 lagi badanku..bila aku buka mata, Trisyia tersengih2..siap parking atas dadaku..”ngeng..ngeng..”bunyinya, macam naik kereta mainan yang aku belikan untuknya bulan lepas..Alamak, dah pagi ni..Rupanya aku terlelap dengan dodoian anakku semalam..Dan aku baru tersedar,Trisyia dah masuk setahun 2 bulan semalam, Trisyia..Trisyia..dah besar dah anak pa..
*moral: 1) Jangan ajar anak anda memandu..!
2) Ketika memandu, ingatlah orang tersayang...hehehe..