Selasa, 25 November 2008

Ini kisah jantan dan betina

Ini kisah sepasang beruk (karim namanyo) yang tinggal di dalam hutan di Uganda.Rumah dorang ni dibina di atas pokok…2 tingkat lagi tu(beruk sekolah). Si jantan kerja nya mencari makanan di hutan, memetik buah-buah hutan, iye la, tu je kerja beruk pun. Si betina pula suripokok(surirumah) sepenuh masa.

Suatu hari, Si jantan pergi mencari makanan dihutan. Sedang mencari-cari, tiba-tiba ia terjumpa cermin. Si jantan pun bawak balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas pokok tanpa pengetahuan wife dia la..

Setiap hari sebelum keluar mencari makanan, dia akan naik ke atas dan melihat cerminnya, konon2 hensem la tu.. Sehinggalah satu hari, si betina naik pelik melihat telatah si jantan tu..

Maka disiasatlah tingkat atas pokok yg selalu di naiki husbandnya.. bimbang-bimbang kalau husbandnya menyimpan betina lain di atas pokok tersebut tanpa pengetahuannya. .

Dan punyalah terkejut beruk..(mmg berok pun) dia naik je kat tingkat atas pokok tu.. dia ternampak cermin husbandnya tu... Oleh kerana si betino ni taktau cermin tu apa..(maklumla berok) so, dia ingat beruk dalam cermin tu memang beruk betina simpanan husbandnya...Apa lagi..habis berlari cam kero kena belacan, kera dapat bunga(spesis diaorg la tu) meraung dan menangisla dia cari mak nya.. Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri betina yang kononnya disembunyikan oleh husbandnya..tu..

Lalu maknya pon naik ketingkat atas pokok tersebut. Kemudian turun sambil ketawa terbahak-bahak. .
Beruk betina: Apsal mak ketawa?..

Mak beruk: Apa teruk benor selere husband ko tu.. kalau ye pon nak kawin lain.. carik la betino yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok betina kat atas tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..

---------
MORAL:
Cerminlah diri sendiri sebelum mencermin orang lain.
*cerita ini hanyalah sekadar jenaka, tiada kena mengena antara beruk yang masih hidup @beruk dah mati.
wasalam..

Khamis, 13 November 2008

Permata hatiku..

Puteri sulungku dah pandai menapak!..tapi kekadang tumbang jugak..hobinya, belek2 buku yang banyak gambar, menceceh dan suka sepah-sepahkan barang mainan dan bekas bawang semasa kat dapur (time dia sibuk tolong mama masak)
Semalam masa aku baru nak tidur, Trisyia terjaga dari tidurnya!..”Ma…ma..”(biasa la, kekadg dia panggil aku papa, kekdg mama, ikut suka hati dia la)..mama dia kat sebelah dah pengsan!..letih susukan anak la tu..aku pun peluk Trisyia, kendong dia, sambil dodoikan tanpa irama dan lagu..kalau aku nyanyi, mahu 7-8 album pun belum tentu dia nak tidur..maklumla..papa dia selalu nyanyikan lagu rock kapak, rock kangkang!..mama dia selalu nasyid jer..
Dalam samar2 kegelapan tu, aku dapat perhatikan Trisyia dah lentok baikk.. punya kat ribaku..”mmm..tidur jugak budak ni”..perlahan-lahan aku baringkan dia kat sebelah..aku pun merebahkan badan sebelah Trisyia..lega rasanya..tak gerak2 dia tidur..nyenyak betul..tetiba aku rasakan, tangan kecik di atas pahaku..kemudian menepuk2..berderau jugak darahku..Eh!..rupanya budak bertuah ni tak tidur lagi..dia pulak yang nak dodoikan aku..

“Pa..pa..”, terasa tangan kecil mengoncang2 lagi badanku..bila aku buka mata, Trisyia tersengih2..siap parking atas dadaku..”ngeng..ngeng..”bunyinya, macam naik kereta mainan yang aku belikan untuknya bulan lepas..Alamak, dah pagi ni..Rupanya aku terlelap dengan dodoian anakku semalam..Dan aku baru tersedar,Trisyia dah masuk setahun 2 bulan semalam, Trisyia..Trisyia..dah besar dah anak pa..

*moral: 1) Jangan ajar anak anda memandu..!
2) Ketika memandu, ingatlah orang tersayang...hehehe..

Isnin, 3 November 2008

contengan dulu..

Semalam aku balik ke Port Klang,.sebelum cuci keta tu, cari la kain buruk untuk lap kereta..terjumpa la pulak drawing2 lamaku..masa study kat Uitm Perak,..ader yg dah tukar color, berkulat..bila di belek2 balik, rasa kelakar pun ada,rasa puas pun ada..

Ingat2 balik, masa belajar dulu, memang teruk dgn kos interior design ni..1 bulan wat 4-5 projek..upgrade restoran yang dah lama la, hotel, library, retail shop..mcm2 lg yg tak pernah kos lain buat..research, masuk ke rumah2 lama, kedai lama, hutan pun ada, interview tokey kedai(bukan taukeh warung si nik tu)..cari layout2 lama kat majlis perbandaran, case study, panjat banggunan lama, ambil ukuran, tu kalau xde layout plan..Peh..jauh bezanya dengan kerja sekarang..memang memenatkan..kekadang rasa puas, sedih, bila kena perli, kena puji kena kutuk dengan member2..duit PTPTN mmg tak pernah cukup..bila buat 1 projek, dengan kos buat research, tangkap gambar yang kena di cuci, pastu buat mockup model, presentation model, sampai mata bengkak2, presentation drawing dengan ink marker yang mahal, presentation board, plastic untuk balut drawing, ink untuk printing..teknikal pen lg..macam2 accessories untuk melengkapkan presentation..adehhh…
Budak2 , kos selain design ni, kos akaun ker, mkn mewah2..bergaya..tapi kalau selekeh, mkn magi jer..aarr..itu budak kos interior design ataupun kos architecture..hehehe..

*Sekarang alhamdulillah..semua dah aku lalui..aku jumpa jodoh pun kat uitm tu la..hehehe..