Jumaat, 30 Oktober 2009

construction:"Teratak Tok"





assalamualaikum..sekadar flash back balik pembinaan teratak tok..Terletak di Padang Mahligai, Sidam Kiri Kedah.Diasaskan oleh nenek aku..Inilah rumah yang sentiasa menjadi doa nenekku, utk anaknya(mak aku) pulang serta tinggal bersebelahan rumahnya..Pembinaannya cepat, sebab para tukang di import dr. dlm kampung itu sendiri, otai2 lama..
Aku tak tahu macam mana abah aku boleh ambik sketches yg aku wat, time pkl 3-4pagi, tu pun aku xde la niat nak lukis betul2,conteng2 jer..pastu, terus dia bg sketches kat tukang untuk terus naik rumah tersebut..
sempat la aku finalizekan balik, interior yang juga byk di ubah, sewaktu perjalanan pulang ke Kedah menaiki keretapi..Tapi yang sebetulnya mastermind dia, abah aku la..

apapun, alhamdulillah..teratak tok dah siap serta mak,abah dan adik bongsu aku dah menetap kat teratak tu..

Khamis, 29 Oktober 2009

..”Perginya seorang Puteri..”



Full video..”Perginya seorang Puteri..”
Memori gambar serta video terakhir arwah..Akhirnya dapat di siapkan untuk tontonan seluruh keluarga Hajjah Saadiah Bt. Ismail yang pulang keRahmatullah, bagi mengenangkan jasa serta pengorbanan arwah semasa hayat.
*Video ini tiada kena mengena dengan penerbitan dari pihak stesyen t.v RTM..Sekadar hanya untuk tatapan keluarga.Harap Maklum..
Saya cuma berkhidmat untuk stesyen t.v RTM..

Selasa, 20 Oktober 2009

Ramai..Ramai yang meninggalkan...

Lama juga aku tak ber blog ni..Bkn kata aku sorang, malah ramai..dan ramai kawan-kawan..yang telah meninggalkan blog..

Ada yang tutup terus,Delete,sampai ada yg tulis kat blog dia, BLOG INI SUDAH MATI...INNALILLAHHH....dah tak nak tulis pe2 dah dlm blog, biar mcm tu jer, dah berkulat!!Rata-rata aku tengok ramai yang dah malas, sibuk dan may be dah bosan dengan perkembangan blog ni..Kat stesyen t.v pun dah stop rancangan blog...hahahaha..
Fenomena yang melanda sekarang di internet ni, setiap hari orang membuka FACEBOOK!!!!..termasuk la aku..Fb ni cepat ringkas dan feedback dia laju..kalau komen jer satu, maka beribu2 dapat komen blk..hebat2!!..macam jugak makanan segera!!
Bagi aku, aku nak jugak idupkan blog ni..nak simpan segala2nya
sejarah,kenangan,perkembangan semua melalui blog ni..bleh simpan dialam maya..serta selama-lamanya..
*Takziah utk kengkawan yg dah 'tanam' blog diaorg..wakakaka...

Sabtu, 17 Oktober 2009

The making of Perginya Seorang Puteri..



sebahagian dari video dalam pembikinan utk tatapan anak cucu cicit-Hajjah Saadiah Bt. Ismail,meniti susah payah kehidupan, bekerja serta menjalani hidup seharian, semasa hayatnya..1930-2009...
Al-Fatihah..