Dengar nama kampung pun dah rasa bagai gah..bukan Mahligai Gading drama tuu..Ni la gambar kampung sebelah mak aku, di Padang Serai, Kedah..Aku ambil gambar ni semasa senja hari raya ke-2...Props aku, basikal tua nenek aku yang dah masuk berbelas tahun tuanya..Masih di gunakan oleh nenek aku untuk cari kayu..Basikal baru pun ada, tapi di simpan kat dalam rumah..Katanya, lagi layan naik basikal ni..tapi aku rasa bergegar jugak badan aku bila mengayuh basikal tu, sakit belakang badan ader la..
Di tempat kejadian ni, aku pun snap la gambar 7-8 keping dgn bermacam2 aksi..Ada juga orang2 kampung yang lalu lalang, sambil menjeling sampai juling kat aku..Lantak la..pedulik ape aku..bukannya ambil gambar anak dara diaorang pun..Mungkin juga pelik, sejak berabad lamanya diaorang kat kampung tu, tak pernah2 diaorang tangkap gambar kat situ kot..tetiba nampak aku ni yang konon2 macam mat salleh sesat..bagi aku inilah ciptaan-Nya..yang kadangkala kita terlupa dan selalu leka menilai kebesaran-Nya..