Rabu, 13 Mei 2009

solo art exhibition-solo juga p tgk..








Nstp berlangsungnya solo art exhibition oleh artist Wan Ahmad Ngah...membawa konsep "moments"..painting lebih kepada potraits-mimik muka, yang sering berkait rapat dengan perasaan,emosi serta kehidupan..ape aku merepek daa..itu kata2 yang lahir dari beliau yg diterjemahkan ke bahasa aku sendiri..best..layan sesorg kat situ..banyak cerita yg senang di faham..bagi aku painting beliau straight to the point..itu pendapat aku saja..p la tgk wahai kawan2..Tapi ajak la aku jugak sambil nak sarapan pagi kat NSTP tu...hehehe...


Jumaat, 8 Mei 2009

new painting conteng!


Ini jadinya contengan ke-2..blk dr drama ari tu, sempat la menconteng kat canvas tiap2 mlm..dah kat dinding rumah aku pun..opsss...rumah sewa ustazzz..hehehe..siapnyer tghmlm, tgh mlm jugak aku bertukang pakukan painting kat dinding umah, sure nyumpah2 jiran sblh umah..eleh, jiran sblh pun blk lewat..
Takde la sehebat pelukis pro, ikut rasa ja menconteng..Aku upload gambar ni sekadar semangat kat aku sendiri serta geng-geng labon yg lain yg bersemangat waja,wira dan exora utk buat painting dan menunggu easel siap, baru nak wat painting..wakakaka..jgn mareh arr encik wan windz..

Sabtu, 2 Mei 2009

selesai penggambaran..alhamdulillahh..

salam...beberapa sedutan dari drama panggung Nur Ar Rahman, ini babak di Ipoh prade..Rahman(sebagai hero kecik)meragut rumput?...ragut beg awek abg angkat dia(watie),3-4 kali gak baru jadi nih..tergolek2 bro yg bdn sihat tu..Tapi takpe diaorg stuntman laa..

sambungan berlari-lari anak dan bapak..kejor yop kejor..berterabur geng misai..Cheh..harap misai jer jambu..

haaa..scence ni best ckit..sb. diorg main kejar2 tgh jln..xde tahan2 keta punya..main lintas jer, sb. penerbit/pengarah nak nmpk mcm betul2 kejadiannn....cobaannn!!..Adela mamat naik motor berhati mulia nak nolong kejar peragut tu..nasib baik la si rahman tu tak kena langgar dgn dia..perhatikan mamat naik motor berbaju merah!

Khamis, 26 Mac 2009

Preparation untuk drama Nur Ar-rahman

Design set untuk tempat geng2 ragut..markas bdk2 takde umah ni..cheh..setting di rumah lama/kosong...
ini cadangan design untuk markas di k.lumpur, kat chow kit..atas bumbung umah flat tu...Ini baru cadang jer, jadinya maybe macam lain...
Bermula dari tarikh 9hb. april akan datang, aku akan bergerak keluar(outstation) utk pembikinan drama Panggung-Nur ar Rahman mungkin selama 3minggu..Ni disebabkan banyak kali penangguhan jadual dari pihak penerbitan.Atas masalah2 tertentu..iye ke?lantaklah..
banyak persedian perlu di buat sebelum pembikinan drama ni(dari segi set),mental..hahaha..bekerja di luar bererti banyak dugaan.Ketahanan diri dari pelbagai aspek..Kalau kebal takpela..ataupun, badan di saluti wayar kabel emas!! apapun aku akan try buat sebaik mungkin..insyaallah..

Jumaat, 30 Januari 2009

Selamat Pagi Malaysia dan sehati sejiwa


Semasa di terengganu aku di sapa oleh seorang hamba Allah..Bertanyakan tentang pereka set..'ape yang korang buat, aku tengok korang letak meja jer..kalau macam ni, adik aku pun boleh buat..menyirap jugak aku..bukan x boleh dengar pandangan orang luar..Masalahnya, orang tak akan paham dengan kerja kitaorang..Nak cerita, 1001 mlm pun tak abih..meh, aku ceritakan secara ringkas, aper yang aku menyibuk kat Terengganu tuh:
Sampai di lokasi selalunya, awal2 dari tarikh yang nak live tu, pereka,penerbit dan teknikal kena recce tmpt-sesuai ke tak dari segi pencahayaan, keadaan sekeliling ke (sebagai mercu tanda sesuatu tempat)kedudukan matahari yang tak menggangu pencahayaan(ini org teknikal yg sepatutnya kena tengok)sound keliling, dengar bunyi motor keta ker,tempat yang menarik, pereka kena meyakinkan kat penerbit, bg input sikit..tengok kawasan keliling yang mungkin tak terpikir oleh orang lain..contoh, kalau ujan, set emergency dok kat mana, lari bawah umah orang ker..bwh khemah ker..semua tu pereka kena pikir dulu..penerbit takkan pikir punya..Pastu, cuba pacak kusi meja..Kena tengok jugak, kalau tanah lembut ker, ader sampah keliling ker..ader tiang letrik ker..mcm2 lagi hal..Bukan main letak jer kusi meja, pastu lepak..hehehe..kena standby lagi..kekadang bos tipon..woi, pehal ader tong sampah kat tepi tu, ader nampak khemah kat sebelah tu..kalau kena ubah pereka dgn prop kena ubah..hai la badannn..sebenarnya secara umum jer aku cerita tu..Panjang cerita mcmana proses sebenar pereka, mereka,menconteng,taklimat kepada pembekal, turun site, standby kalau backdrop ader masalah-runtuh ker..berkomunikasi....kalau tak berkomunikasi, maka tak jalan kerja, dan tak buat kerja la jadinya..

Set sehati sejiwa, aku tak dapat buat final touchup sebab kat Terengganu, Thanks to Pereka2 Otai merangkap senior2 aku la, yang turun ke set, utk wat final touch up-tuan Raduan-(suteramalaya)En. ayohnik(taukewarung)En. wan(wanthewinz)dan otai lama pereka-En. Paksu(belum ada blog)…

Rabu, 17 Disember 2008

kerana mulut...




Tersebutlah kisah...taib!..

Ader la sorang wanita dari kampung nak naik bas ke Pantai Dalam sambil mendukung bayinya. Bila naik jer bas, drebar bas yg ala-ala celupar dan kurang ajaq menegur,

"Uish, hodoh betoi bayi awak tu!".Wanita tadi dengan marah mencampakkan tambang bas ke kotak wang dan berlari ke tempat duduk di belakang skali. Dia cuba cool kan dirinya, sambil menenangkan bayinya yg merengek2, maybe baby dia paham la kot..Ader la sorang maknyah yang duduk di sebelahnya menyedari wanita tadi sedang beleter sesorang lalu bertanyakan apa sebabnya. Wanita tadi menjawab, "drebar bas tu menghina kakak!".Dengan pantas maknyah tadi berkata, "Tak patut betul drebar bas macam dia menghina penumpangnya, lebih2 lagi insan yg lemah mcm kiter ni.."

"Betul tu adik..", kata wanita itu, "kakak nak jumpa dia sekali lagi dan nak lempang dia...!".
"tul tu kak,blasah jer drebar bas tu, cili2kan mulut dia sekali,geramnyer mak!!" kata maknyah tu, "Mari! biar saya tolong pegangkan monyet kakak."
---------------------------------

moral:
-berfikir sebelum bertindak!

-jgn serbu x pakai helmet!

-kerana mulut, badan binasa..bakal kena lempang la tuh..auwww...

Isnin, 1 Disember 2008

cerita sedih, hayati subtitle nya..(in malay)

mari kita layan cerita..Lawak siot subtitle di melayukan..dgr betul2 ape yg di cakapkan...enjoy..

Selasa, 25 November 2008

Ini kisah jantan dan betina

Ini kisah sepasang beruk (karim namanyo) yang tinggal di dalam hutan di Uganda.Rumah dorang ni dibina di atas pokok…2 tingkat lagi tu(beruk sekolah). Si jantan kerja nya mencari makanan di hutan, memetik buah-buah hutan, iye la, tu je kerja beruk pun. Si betina pula suripokok(surirumah) sepenuh masa.

Suatu hari, Si jantan pergi mencari makanan dihutan. Sedang mencari-cari, tiba-tiba ia terjumpa cermin. Si jantan pun bawak balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas pokok tanpa pengetahuan wife dia la..

Setiap hari sebelum keluar mencari makanan, dia akan naik ke atas dan melihat cerminnya, konon2 hensem la tu.. Sehinggalah satu hari, si betina naik pelik melihat telatah si jantan tu..

Maka disiasatlah tingkat atas pokok yg selalu di naiki husbandnya.. bimbang-bimbang kalau husbandnya menyimpan betina lain di atas pokok tersebut tanpa pengetahuannya. .

Dan punyalah terkejut beruk..(mmg berok pun) dia naik je kat tingkat atas pokok tu.. dia ternampak cermin husbandnya tu... Oleh kerana si betino ni taktau cermin tu apa..(maklumla berok) so, dia ingat beruk dalam cermin tu memang beruk betina simpanan husbandnya...Apa lagi..habis berlari cam kero kena belacan, kera dapat bunga(spesis diaorg la tu) meraung dan menangisla dia cari mak nya.. Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri betina yang kononnya disembunyikan oleh husbandnya..tu..

Lalu maknya pon naik ketingkat atas pokok tersebut. Kemudian turun sambil ketawa terbahak-bahak. .
Beruk betina: Apsal mak ketawa?..

Mak beruk: Apa teruk benor selere husband ko tu.. kalau ye pon nak kawin lain.. carik la betino yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok betina kat atas tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..

---------
MORAL:
Cerminlah diri sendiri sebelum mencermin orang lain.
*cerita ini hanyalah sekadar jenaka, tiada kena mengena antara beruk yang masih hidup @beruk dah mati.
wasalam..

Khamis, 13 November 2008

Permata hatiku..

Puteri sulungku dah pandai menapak!..tapi kekadang tumbang jugak..hobinya, belek2 buku yang banyak gambar, menceceh dan suka sepah-sepahkan barang mainan dan bekas bawang semasa kat dapur (time dia sibuk tolong mama masak)
Semalam masa aku baru nak tidur, Trisyia terjaga dari tidurnya!..”Ma…ma..”(biasa la, kekadg dia panggil aku papa, kekdg mama, ikut suka hati dia la)..mama dia kat sebelah dah pengsan!..letih susukan anak la tu..aku pun peluk Trisyia, kendong dia, sambil dodoikan tanpa irama dan lagu..kalau aku nyanyi, mahu 7-8 album pun belum tentu dia nak tidur..maklumla..papa dia selalu nyanyikan lagu rock kapak, rock kangkang!..mama dia selalu nasyid jer..
Dalam samar2 kegelapan tu, aku dapat perhatikan Trisyia dah lentok baikk.. punya kat ribaku..”mmm..tidur jugak budak ni”..perlahan-lahan aku baringkan dia kat sebelah..aku pun merebahkan badan sebelah Trisyia..lega rasanya..tak gerak2 dia tidur..nyenyak betul..tetiba aku rasakan, tangan kecik di atas pahaku..kemudian menepuk2..berderau jugak darahku..Eh!..rupanya budak bertuah ni tak tidur lagi..dia pulak yang nak dodoikan aku..

“Pa..pa..”, terasa tangan kecil mengoncang2 lagi badanku..bila aku buka mata, Trisyia tersengih2..siap parking atas dadaku..”ngeng..ngeng..”bunyinya, macam naik kereta mainan yang aku belikan untuknya bulan lepas..Alamak, dah pagi ni..Rupanya aku terlelap dengan dodoian anakku semalam..Dan aku baru tersedar,Trisyia dah masuk setahun 2 bulan semalam, Trisyia..Trisyia..dah besar dah anak pa..

*moral: 1) Jangan ajar anak anda memandu..!
2) Ketika memandu, ingatlah orang tersayang...hehehe..

Isnin, 3 November 2008

contengan dulu..

Semalam aku balik ke Port Klang,.sebelum cuci keta tu, cari la kain buruk untuk lap kereta..terjumpa la pulak drawing2 lamaku..masa study kat Uitm Perak,..ader yg dah tukar color, berkulat..bila di belek2 balik, rasa kelakar pun ada,rasa puas pun ada..

Ingat2 balik, masa belajar dulu, memang teruk dgn kos interior design ni..1 bulan wat 4-5 projek..upgrade restoran yang dah lama la, hotel, library, retail shop..mcm2 lg yg tak pernah kos lain buat..research, masuk ke rumah2 lama, kedai lama, hutan pun ada, interview tokey kedai(bukan taukeh warung si nik tu)..cari layout2 lama kat majlis perbandaran, case study, panjat banggunan lama, ambil ukuran, tu kalau xde layout plan..Peh..jauh bezanya dengan kerja sekarang..memang memenatkan..kekadang rasa puas, sedih, bila kena perli, kena puji kena kutuk dengan member2..duit PTPTN mmg tak pernah cukup..bila buat 1 projek, dengan kos buat research, tangkap gambar yang kena di cuci, pastu buat mockup model, presentation model, sampai mata bengkak2, presentation drawing dengan ink marker yang mahal, presentation board, plastic untuk balut drawing, ink untuk printing..teknikal pen lg..macam2 accessories untuk melengkapkan presentation..adehhh…
Budak2 , kos selain design ni, kos akaun ker, mkn mewah2..bergaya..tapi kalau selekeh, mkn magi jer..aarr..itu budak kos interior design ataupun kos architecture..hehehe..

*Sekarang alhamdulillah..semua dah aku lalui..aku jumpa jodoh pun kat uitm tu la..hehehe..

Rabu, 29 Oktober 2008

Kampung Padang Mahligai...


Dengar nama kampung pun dah rasa bagai gah..bukan Mahligai Gading drama tuu..Ni la gambar kampung sebelah mak aku, di Padang Serai, Kedah..Aku ambil gambar ni semasa senja hari raya ke-2...Props aku, basikal tua nenek aku yang dah masuk berbelas tahun tuanya..Masih di gunakan oleh nenek aku untuk cari kayu..Basikal baru pun ada, tapi di simpan kat dalam rumah..Katanya, lagi layan naik basikal ni..tapi aku rasa bergegar jugak badan aku bila mengayuh basikal tu, sakit belakang badan ader la..
Di tempat kejadian ni, aku pun snap la gambar 7-8 keping dgn bermacam2 aksi..Ada juga orang2 kampung yang lalu lalang, sambil menjeling sampai juling kat aku..Lantak la..pedulik ape aku..bukannya ambil gambar anak dara diaorang pun..Mungkin juga pelik, sejak berabad lamanya diaorang kat kampung tu, tak pernah2 diaorang tangkap gambar kat situ kot..tetiba nampak aku ni yang konon2 macam mat salleh sesat..bagi aku inilah ciptaan-Nya..yang kadangkala kita terlupa dan selalu leka menilai kebesaran-Nya..

Ahad, 26 Oktober 2008

Teringat dulu-dulu..





Terpanggil aku dengan blogger ayohnik yang mensisipkan gambar kenangan dapur kayu rumah nenekku..Aku hidupkan kembali blog ni dengan kisah-kisah lama yang tak sehebat mana yang pernah aku lalui, pahit manis sebagai insan biasa, rutin seharian semasa kanak-kanak..Aku yakin budak-budak sekarang mungkin takkan dapat melalui seperti budak-budak dahulu..Kalau ada pun sekarang, kat kampung-kampung je lah..
Dulu…(bak kata pereka senior aku..he..he..) nak kata aku ni jahat @nakal sangat tak ada la jugak..kekadang tu jahat sorang-sorang..bila datang musim lastik, aku pun main lastik.Pergh..Hutan depan rumah, sanggup di redah sorang-sorang..kalau di pikirkan sekarang, tak nak aku..hutan paya, yang penuh ular ,ada 1 family babi utan kat dalam tu..(tak tahu la mana datangnya..) harimau bintang, bulan..Macam-macam ada!!..Tapi pengalaman camtu yang best..kalau kena marah je, atau bertumbuk dengan abang aku..sure aku lari masuk kat utan tu..sampai ke petang la aku balik..kalau lapar atau dahaga, panjat jer pokok kelapa..Pastu tebuk kelapa muda tu dengan kayu tajam. ade teknik dia tu..Itu cara ikhtiar hidup, blaja dengan geng-geng yang selalu masuk hutan tu..kekadang rasa macam Rambo…hehe..senjata hanyalah lastik..!
Nampak je burung, tak kisah la burung ape??Aku blasah jer..Ade yang berkecai kepala, putus kepala..Kalau hidup, maka ramai-ramai lastik sampai mati..Lastik ketam kat sungai belakang umah..sampai terbenam dalam selut(Lumpur)sure mati!!..ishkkk..kejam betul aku time tu..Budak-budak la katakan..seronok dengan dunia sendiri, happy..tak pikir pun masalah nak bayar bil letrik ker, bil air ker..mainnn memanjang..Kalau lapar, balik umah makan nasik!!